Wednesday 3 March 2010

SEJARAH MEMBANGUNKAN UMAT MANUSIA

Sejarah adalah amat penting kepada sesebuat masyarakat, negara dan umat manusia. Daripada Sejarahlah kita dapat mengetahui sejauhmana kekuatan dan kekurangan yang terdapat pada sesebuah negara, mengetahui aspek-aspek yang menjadi kekuatan pada sesebuah negara dan aspek-aspek yang perlu dijauhi untuk menjadikan sesebuah negara menjadi kuat. Sejarah adalah catatan perkara-perkara yang berlaku kepada sesebuah negara, bangsa, umat dan individu yang menimbulkan kesan yang mendalam.
Sejarah adalah sebagai pengiktibaran kita semua dan perlu dijadikan panduan untuk memastikan kita sentiasa maju. Umpamanya kita tidak boleh merendah diri dengan berbahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa lingguafranca kepada dunia pada zaman kegemilangan Melayu Melaka. Orang-orang Inggeris yang kita sanjungi kini juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Jadi mengapa kita perlu berbangga dengan bahasa asing jika dahulunya orang asing pernah menjadikan dan menobatkan bahasa kita sebagai bahasa yang bertaraf antarabangsa. Maka, kajilah dan laksanakan apa yang pernah dibuat di Melaka pada masa itu.
Mengapa kita tidak mengambil iktibar daripada Sejarah kegemilangan umat Islam yang dapat menguasai hingga 3/4 dunia pada suatu ketika dahulu. Pegangan akidah, keimanan, pemimpin yang mengamalkan ajaran Islam, kebijaksanaan, kepatuhan kepada pemerintah dan tidak meninggalkan ajaran Islam adalah kunci kejayaan umat Islam. Mengapakah kerajaan kita tidak mengaplikasikan aspek-aspek yang diamalkan oleh kerajaan yang terdahulu untuk menjadi lebih baik daripada sekarang.
Sejarah juga adalah untuk membangkitkan semangat nasionalisme. Kita tahu bahawa betapa peritnya bagaimana hidup dalam sebuah negara yang dijajah sebagaimana negara kita dijajah oleh Portugis, Inggeris dan Jepun. Maka kita tidak mahu lagi dijajah. Oleh itu, kemerdekaan yang kita peroleh hendaklah dijaga. Kaum Muda yang terdiri daripada ulama-ulama mencetuskan dan memainkan peranan memulakan proses membangkitkan kesedaran menuntut kemerdekaan haruslah dikenang. Oleh itu, kerjasama amat penting untuk mengekalkan kemerdekaan negara.

Tuesday 16 February 2010

Soalan Dan Skema Pemarkahan Sejarah

Soalan Latihan Penentangan Tok Janggut [Download]

Skema Pemarkahan Latihan Penentangan Tok Janggut [Download]